Friday, 23 August 2013

Be Strong Baby!

Salam semua...

Nak kongsi 1 pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan...

Pagi 21/08/2013 pukul 6 pagi bangun nak mandi & solat subuh. Lepas mandi perasan ada darah kat towel. Ya Allah..bleeding!

Terus panggil en.hubby. Tunjukkan dia darah ketul yang keluar. Macam sebesar hujung kuku bila dipotong. Terus duduk dan menitik2 air mata keluar.

En.hubby cadangkan ke Hospital Melaka dengan segera. Sampai Hospital Melaka dekat pukul 7 pagi.

Terus daftar, doc paggil cek. First time scan baby. Alhamdulillah nampak kantung dan 'kamu' sangat kecil. Hati senang sikit rasa.
Tapi doc still nak rujuk kes ni ke O&G.

So Mizz Nina & en.hubby dibawa ke Kamar Bersalin. Yes Kamar Bersalin. Masuk jek terus dikelilingi wanita2 yang sedang berjuang tunggu bukaan jalan untuk bersalin. Macam2 ragam ada. Ya Allah perasaan waktu tu Allah jek yang tahu. Tggu punya tunggu doc pggil. Salin kain pink hospital dan doc tanya macam2 perkara.

Then tunggu doc lagi satu yang mungkin lebih pakar untuk cek lagi. Doc kedua panggil dan masuk bilik untuk scan. Doc kata 'kamu' kecil sangat lagi. Doc bgtau 'kamu' masih 6 weeks 3 days. Aik? Kalau ikut kiraan sebelum ni 'kamu; dah dekat 8 weeks. Errrmmm..doc sarankan untuk jumpa lagi 2 minggu. Doc juga bagi Mizz Nina mc 3 hari suruh bed rest sahaja. Pkul 9 dah boleh balik dah. Takdelah lama sangat menunggunya pon.

Balik rumah memang en.hubby sahaja yang buat kerja rumah. Thanks sebab memahami. Saya bawa zuriat kamu kan... Tapi harini, 24/08/2014 kena masuk kerja half day sebab mc dah abis... Adoiii..

Mood kerja memang ke laut... Doc just diagnosis kes ni sebagai threatened miscarriage. So, to baby mummy..be strong sayang. Mummy tau kamu kuat sangat2... Mummy nak tgok kamu membesar ye sayang...


Xoxo :
12.37pm 

 

Monday, 19 August 2013

Mee keras @ Mee Siput @ Mee Sanggul

Hye semua...

Makanan lagi. Yezza...mood makan sudah mari..
Anda kenal dengan mee siput @ mee keras @ mee sanggul?
Apa? Tak kenal?

Ini mee siput yang belum goreng

Tetiba datang seru nak buat post pasal mee siput ni sebab semalam pg beraya di Muar, Johor rumah sedara mara belah en.hubby. So alang2 ajak family mertua jalan2 di Tanjung Emas Muar. Tempat mak & ayah dating dedulu. hikhikhik...

Yela, mee siput ni hanya di Johor jek ada tau. Kalau negeri lain mmg nan hado. Kalau ada pon mungkin org Johor yang bawak. So hubby dengan bangganya tanya penjual apa benda ni. Akak tu kata ni mee siput dik. Adeh, pesal tak tanya isteri dia ni yang sememangnya Johorian? <malu>

Yang ni mee siput yang dah digoreng + dimakan bersama sambal tumis...
 
Alamak, tetiba teringin lak nak makan mee siput ni. Semalam dah makan dah en.hubby beli satu. RM 1 satu yer. Sangat mahal la. Baik beli yang belum goreng pastu buat sambal sendiri makan puas2. Puas hati. Balik kg nanti nak beli yang belum goreng.


Mengidam kah? Sekarang ni tak tau ler mengidam ke mmg nafsu nafsi diri ini yang nak makan. Hehehehehehe...



Misi balik kg kali ini : Nak cari mee siput belum goreng.



Xoxo
4.48pm




Ini pasal makanan...

Salam semua...

Tajuk memang straight to the point ok. Malas nak pikir tajuk yang berhiperbola sangat la. Takdo masa. Dulu, (takdelah 10 tahun yang lalu) just beberapa minggu yang lalu jek Mizz Nina gemarlah sangat makan mee kuning masa preggy ni.

Tak kiralah mee goreng ke, mee rebus ke, mee bandung ke, mee hailam ke, yang penting mee. Tapi baru2 ni didapati dah tak boleh telan mee goreng. Haiya...baby..kamu tak suka mee dah ek?

Ok2 mummy makan makanan lain ok. Nak makan apa yerk? Sampaikan malam tadi pg beraya rumah Pak Andak en.hubby, Mak Andak masakkan mee goreng, en.hubby makan dengan seleranya, tapi kenapa saya takleh nak telan ni. Adeh...

Ni rupa mee kuning tu bagi yang tak tau.


Takpelah, apa yang kamu nak makan semua mummy & abah cuba tunaikan ok. 
 
Today kamu dah 7 weeks.
Jumpa masa nak scan kamu dalam seminggu lagi...
 
 
 
 
Xoxo
4.24pm

 

Friday, 16 August 2013

Raya Lagi....

Hello semuaaaa....

Hamik ko, dah ada kerajinan nak hupdate blog..berderet pon ko Mizz Nina oi...

Takpe..kali ni layan post bergambar ye...
Checkitdaoutttt....





Hubby main cak ba ngn sape ntah. Udah2 ler tu nak jadi Abah dah...




Sesi perbincangan nak pg mana lepas ni...




Mak, ampunkan salah silap Nina. Nina doakan mak dapat haji yang mabrur. In shaa Allah mak & ayah pg menunaikan haji 17/9/2013 ni...




Tambah lg sorang kt hujung kanan ni. Ni kak ezah (sis in law)




Ni geng lelaki... dari kiri : Long (abang), abg ai (abang), jojo (abang) + nawal cumeellll (anak sedara), abang helmy (abang ipar) with ryaan (anak sedara yang mcm2 kerenah), boy (abang) with redza aiman (anak sedara), abang john (abang), ashraf (adik) dan danish (anak sedara)




My ayah... Org sayang ayah sangat2.. Moga ayah juga mendapat haji yang mabrur.


Penat + lapor lah. Nak cari makanan jap.

Xoxo
5.11pm

Raya With Little Caliph dalam Tummy

Assalamualaikum semua...

Yeah raya datang lagi....
Kali ni rayanya meriah ler sebab Mizz Nina berbadan dua..
Hoyeeehhhh... Setakat ni mual2 tu biasa. Muntah hanya pas gosok gigi. Selain dari tu hanya lapar jek rasanya. Haiya....





Ni gambar ladies.. Cantik tak kitorang? Haruslah cantik ok..
Dari kiri : Nano (adik), kak ida (sis in law), kak hanis a.k.a mak jemah (sis in law), kak ada (sis in law) with sara (anak sedara yg cumelll), kak emma (sis in law), adik a.k.a iqa (adik bongsu), tisya (anak sedara), tina (anak sedara), kakak (kakak i yang vogue) dan Mizz Nina...




Mizz Nina with En.Hubby tersayang... + "kamu" dalam tummy mummy... Yehaaa....





Xoxo
4.57pm

Faktor Pembawakan La ni....

Hehehehe...

Pesal gelak lak Mizz Nina oi??

Yela, mana taknya. Sekarang ni kalau en.hubby ajak keluar rumah i hanya akan follow kalau dia pancing nak ajak pg makan.
Lalalala..sebab itulah badan membesar dengan jayanya. <tepuk tangan>

Memang malas gila la nak keluar rumah. Pg keje tu terpaksa ok. Selain dari tu klu keluar pon hanya duduk dalam kete sahaja. Lantak la en.hubby bawak pg tepi pantai ke, tepi sungai ke...Nan hadolah nak keluar kete.

Setakat ni anak mummy lom pandai meminta2 lagi ya. Paling tak pon kerap lapar jela. Mesti makan tepat pada waktunya. Bagus...

Abah kamu pon semakin memahami ok. Caring dia sangat melampau sehinggakan turun naik opis hanya dibenarkan sekali naik tangga masa datang opis dan sekali lagi masa turun nak balik.

Pepun mummy harap "kamu" sihat saja ya. Nanti kita jumpa masa mummy pg scan pada 28/8/2013 ni yer.. Jangan nakal2 di dalam perut mummy ye.. Mummy sayang "kamu".

Susu Apa

Mommies semua... Masa preggy minum susu apa ya? Mizz nina minum susu Anmum perisa manggo tu. Sedap hokey...

Tapi....ada yang kata nnti baby besar + mak nyer pon beso.

Tapi...kakak i lak cakap takpelah kalau baby besar. Senang jaga + tak banyak penyakit sepanjang dia membesar lepas lahir nanti.

Tapi...tanya nurse kat Klinik Kesihatan lak dia kata minum jek susu apa2 selagi boleh minum dan boleh diterima tekak.

Banyak tapi kan???? Ayoooo..camne nak buat pilihan ni....





TOLONG!!!!


Xoxo
4.36pm  

Little Caliph kurniaan Allah

Alhamdulillah....

Hanya perkataan itu yang mampu keluar dari mulut saat tengok UPT ada double line.

Yes double line. Line kedua yang sering dinanti selama setahun setengah usia perkahwinan ini.
 
Malam tu merata berjalan ke Dataran Pahlawan + Bazar  Jalan Hang Tuah. Badan memang dah rasa letih2. Taknak kuciwa so tak pikir pon pregnant masa tu walaupon period dah lewat 6 hari.

So sambil2 jalan tu singgah Watson beli 2 UPT ok. Ntah selalu mmg beli satu jek. Tapi mlm tu tergerak amik dua. Masa jln2 tu siap ckp ngn en.hubby nak duduk dlm kete jek. Biarlah dia jek yang jalan. Tapi en.hubby berkeras ajak jalan jugak. So heret jela kaki ni.

Sampai rumah pukul 1 pagi terus bersihkan diri dan tido dengan lenanya. Pagi tanggal 2/8/2013 jam 4 pagi masa tu nak bangun sahur. Of coz lah i yang bangun dulu siapkan makanan dulu baru en.hubby dikejutkan.

So sebelum mula panaskan lelauk tu, teringat UPT yang dibeli tu. Dengan berdebarnya pg amik UPT tu dn terus buat ujian. Ceh..macam nak buat ujian hape jek. Tiba2.....

Ada dua line!!! Serius?? Terus buka lampu semua bg terang. Ya Allah... Alhamdulillah.. Ye ada line kedua itu... 




Terus kejutkan en.hubby suruh tgok UPT ni. And the moment went en.hubby hug i sambil ucap kata syukur. <nanges>....

Tak puas ati lagi neh...






Ni UPT yang kedua keesokan harinya.... Lagi terang bukan?

Dan segalanya bermula....





Confirm pregnant 6 weeks di Klinik Kesihatan Tengkera, Melaka.


Alhamdulillah......

 

Ampunkan Patik...

Hye readers.. (hade ke readersnye Mizz Nina oi???)

Lantak ler... Yer..hampun bebanyak hokey sebab dah lama tak hupdate blog ni. Jap2 nak bersihkan sawang dulu. Adehhh!!!

Hehehehehe.... ada saaaaaaaaaangggggggaaaaaattttttttttt banyak cerita neh. Ha....banyak tuh. Sampai tak tau nak cite mula dari mana lagi...


See u next post! Jeng..jeng..jeng...


Xoxo
3.31pm