Wednesday, 28 May 2014

Sesawang Wei....

Hello uoolsss!!

Hampun yer...belog memang dah bersawang wei... Jap nak amik kain lap nak lap habuk skit.
Hurrmmm..sepanjang preggy mood nak hupdate nan hado! Pembawaan sangat. Salahkan preggy lak padahal mmg sifat M tu menebal sangat.

Sila marah pada diri sendiri. Bukan salah ibu mengandung. Hurrmmm..banyak nak cerita ok. Pengalaman mengandungkan #HanaArianna sampailah bam bam ibu tu lahir..

Satu2 i akan ceritakan. Nak baca tak? (Ko ada ke pembaca?? Sila malu dengan diri sendiri!!)
Lantak la kan...yg penting aku dah tulis...

So...i will come back soon dengan cerita mite...






Xoxo 
11.50 pagi

Monday, 28 October 2013

Lambaian Kaabah

Salam semua....

Yeah! Tak sabar nak jemput mak & ayah kat KLIA 31/10/2013 ni. Dah 45 hari mak ayah pergi menunaikan Fardhu Haji. Alhamdulillah setakat ni mak ayah sihat2 sahaja.

Semalam baru dapat call dari ayah. Ayah excited nak balik. Mak pulak taknak balik sebab best duduk sana. Pepun we all miss u all lah..

So kami adik beradik dah plan nak amik mak ayah kat KLIA. Dari KLIA terus pg rumah abg ngah & kak hanis sebab mak ayah nak tgok cucu baru dorang iaitu KYALA ADELIA.

Budak tecik comel tu baru sebulan. Tapi cekna tak tgok dia lagi. Siap la kamu nnti yer... Tgok gambar bukan main comel lagi...

Oklah...bosan kat office takde keje sangat. Sebab tu membebel tak tentu hala ni...


Xoxo
Mizz Nina
11.42am
IGE Melaka

Monday, 30 September 2013

STRESSSSSSSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!!

Hello semua!

Tgok tajuk pon dah tau kan. Yes sedang mengalami stress yang amat2 sangat. Stress di tempat kerja yang takde kesudahan.

Kalau dah rasa tak mampu nak buat keje benti jela. Jaga anak kat rumah kan. Kang cakap lebih cakap aku ni iri hati. 

Malas nak taip banyak2. Mood memang takde. Pasal keje ko sorang, orang lain kena tanggung akibat. 
What the @#$%^!!!!!

Friday, 23 August 2013

Be Strong Baby!

Salam semua...

Nak kongsi 1 pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan...

Pagi 21/08/2013 pukul 6 pagi bangun nak mandi & solat subuh. Lepas mandi perasan ada darah kat towel. Ya Allah..bleeding!

Terus panggil en.hubby. Tunjukkan dia darah ketul yang keluar. Macam sebesar hujung kuku bila dipotong. Terus duduk dan menitik2 air mata keluar.

En.hubby cadangkan ke Hospital Melaka dengan segera. Sampai Hospital Melaka dekat pukul 7 pagi.

Terus daftar, doc paggil cek. First time scan baby. Alhamdulillah nampak kantung dan 'kamu' sangat kecil. Hati senang sikit rasa.
Tapi doc still nak rujuk kes ni ke O&G.

So Mizz Nina & en.hubby dibawa ke Kamar Bersalin. Yes Kamar Bersalin. Masuk jek terus dikelilingi wanita2 yang sedang berjuang tunggu bukaan jalan untuk bersalin. Macam2 ragam ada. Ya Allah perasaan waktu tu Allah jek yang tahu. Tggu punya tunggu doc pggil. Salin kain pink hospital dan doc tanya macam2 perkara.

Then tunggu doc lagi satu yang mungkin lebih pakar untuk cek lagi. Doc kedua panggil dan masuk bilik untuk scan. Doc kata 'kamu' kecil sangat lagi. Doc bgtau 'kamu' masih 6 weeks 3 days. Aik? Kalau ikut kiraan sebelum ni 'kamu; dah dekat 8 weeks. Errrmmm..doc sarankan untuk jumpa lagi 2 minggu. Doc juga bagi Mizz Nina mc 3 hari suruh bed rest sahaja. Pkul 9 dah boleh balik dah. Takdelah lama sangat menunggunya pon.

Balik rumah memang en.hubby sahaja yang buat kerja rumah. Thanks sebab memahami. Saya bawa zuriat kamu kan... Tapi harini, 24/08/2014 kena masuk kerja half day sebab mc dah abis... Adoiii..

Mood kerja memang ke laut... Doc just diagnosis kes ni sebagai threatened miscarriage. So, to baby mummy..be strong sayang. Mummy tau kamu kuat sangat2... Mummy nak tgok kamu membesar ye sayang...


Xoxo :
12.37pm 

 

Monday, 19 August 2013

Mee keras @ Mee Siput @ Mee Sanggul

Hye semua...

Makanan lagi. Yezza...mood makan sudah mari..
Anda kenal dengan mee siput @ mee keras @ mee sanggul?
Apa? Tak kenal?

Ini mee siput yang belum goreng

Tetiba datang seru nak buat post pasal mee siput ni sebab semalam pg beraya di Muar, Johor rumah sedara mara belah en.hubby. So alang2 ajak family mertua jalan2 di Tanjung Emas Muar. Tempat mak & ayah dating dedulu. hikhikhik...

Yela, mee siput ni hanya di Johor jek ada tau. Kalau negeri lain mmg nan hado. Kalau ada pon mungkin org Johor yang bawak. So hubby dengan bangganya tanya penjual apa benda ni. Akak tu kata ni mee siput dik. Adeh, pesal tak tanya isteri dia ni yang sememangnya Johorian? <malu>

Yang ni mee siput yang dah digoreng + dimakan bersama sambal tumis...
 
Alamak, tetiba teringin lak nak makan mee siput ni. Semalam dah makan dah en.hubby beli satu. RM 1 satu yer. Sangat mahal la. Baik beli yang belum goreng pastu buat sambal sendiri makan puas2. Puas hati. Balik kg nanti nak beli yang belum goreng.


Mengidam kah? Sekarang ni tak tau ler mengidam ke mmg nafsu nafsi diri ini yang nak makan. Hehehehehehe...



Misi balik kg kali ini : Nak cari mee siput belum goreng.



Xoxo
4.48pm




Ini pasal makanan...

Salam semua...

Tajuk memang straight to the point ok. Malas nak pikir tajuk yang berhiperbola sangat la. Takdo masa. Dulu, (takdelah 10 tahun yang lalu) just beberapa minggu yang lalu jek Mizz Nina gemarlah sangat makan mee kuning masa preggy ni.

Tak kiralah mee goreng ke, mee rebus ke, mee bandung ke, mee hailam ke, yang penting mee. Tapi baru2 ni didapati dah tak boleh telan mee goreng. Haiya...baby..kamu tak suka mee dah ek?

Ok2 mummy makan makanan lain ok. Nak makan apa yerk? Sampaikan malam tadi pg beraya rumah Pak Andak en.hubby, Mak Andak masakkan mee goreng, en.hubby makan dengan seleranya, tapi kenapa saya takleh nak telan ni. Adeh...

Ni rupa mee kuning tu bagi yang tak tau.


Takpelah, apa yang kamu nak makan semua mummy & abah cuba tunaikan ok. 
 
Today kamu dah 7 weeks.
Jumpa masa nak scan kamu dalam seminggu lagi...
 
 
 
 
Xoxo
4.24pm

 

Friday, 16 August 2013

Raya Lagi....

Hello semuaaaa....

Hamik ko, dah ada kerajinan nak hupdate blog..berderet pon ko Mizz Nina oi...

Takpe..kali ni layan post bergambar ye...
Checkitdaoutttt....





Hubby main cak ba ngn sape ntah. Udah2 ler tu nak jadi Abah dah...




Sesi perbincangan nak pg mana lepas ni...




Mak, ampunkan salah silap Nina. Nina doakan mak dapat haji yang mabrur. In shaa Allah mak & ayah pg menunaikan haji 17/9/2013 ni...




Tambah lg sorang kt hujung kanan ni. Ni kak ezah (sis in law)




Ni geng lelaki... dari kiri : Long (abang), abg ai (abang), jojo (abang) + nawal cumeellll (anak sedara), abang helmy (abang ipar) with ryaan (anak sedara yang mcm2 kerenah), boy (abang) with redza aiman (anak sedara), abang john (abang), ashraf (adik) dan danish (anak sedara)




My ayah... Org sayang ayah sangat2.. Moga ayah juga mendapat haji yang mabrur.


Penat + lapor lah. Nak cari makanan jap.

Xoxo
5.11pm